I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 2 Jun 2010

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS DAN PENGAWAS PSS

Kursus ini telah dijalankan pada 15 Mei 2010 iaitu pada hari Sabtu. Kursus ini bermula pukul 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Kursus ini telah dihadiri oleh 114 orang murid yang terdiri daripada pengawas sekolah dan juga pengawas pusat sumber sekolah SK Perwira dan SK Tebok Banjar.

PERKHIDMATAN

Pusat Sumber SK Perwira menyediakan perkhidmatan dan kemudahan-kemudahan
yang berikut :-
1. Perkhidmatan pinjaman buku fiksyen & bukan fiksyen kepada murid dan guru.
2. Ruang bacaan yang berkonsepkan santai.
3. Bilik tayang yang dilengkapi dengan televisyen LG 32 inci dan Kampus Astro

HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI

Sebarang pertanyaan, cadangan dan aduan :-
alamatkan kepada :

Pusat Sumber Perwira
D/A Sekolah Kebangsaan Perwira
36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

No. Telefon :
Pejabat 05-6237800
Faksimili 05-6237801
Penyelaras 017-7888154 ( pada waktu pejabat sahaja )

WAKTU OPERASI

WAKTU OPERASI

Isnin - Khamis :

7.30 pagi - 1.20 petang

Jumaat :

7.30 pagi - 12.00 tengah hari



PERATURAN

Disiplin

1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
2. Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.
3. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan.
4. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS.
5. Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
6. Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7. Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
8. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
9. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.

Bahan-bahan Perpustakaan

1. Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.
2. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan.
3. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat disediakan.

Pakaian

1. Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan.
2. Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan.

ORGANISASI

JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT
Pn. Hjh. Noora bt. Bustanuddin


PENGERUSI
En. Mohd Shahimi b. Mohd. Yusuf



NAIB PENGERUSI 1
Pn. Zaleha bt. Kamarudin



NAIB PENGERUSI 2
En. Hamdan b. Nordin



SETIAUSAHA
Pn. Norhamimah bt. Hussain



PENOLONG SETIAUSAHA
Pn. Mariayani bt. Saad

PROGRAM NILAM


Program NILAM SK Perwira telah dijalankan sepanjang tahun. Ganjaran seperti sijil dan hadiah telah diberikan kepada murid yang mencapai pengiktirafan Tahap Jauhari & Rakan Pembaca.

PERISTIWA

1.Sambutan Hari Guru 2010

Tanggal 17 Mei 2010 telah berlangsung sambutan Hari Guru 2010 peringkat SK Perwira. Pelbagai Aktiviti telah dijalankan seperti senamrobik, sukaneka, persembahan dan sebagainya...

2. Sambutan Hari Kokurikulum 2010

3. Jamuan Hari Raya