I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 11 Ogos 2011

SENARAI NAMA PENGAWAS PSS 2011



DASAR PUSAT SUMBER

DASAR PUSAT SUMBER SK PERWIRA

1. Pengguna Pusat Sumber Sekolah

a. Semua warga SK Perwira

b. Ibu bapa murid-murid (dengan kebenaran)

2. Waktu Operasi

a. Waktu persekolahan ( 7.20 pg – 1.20 ptg )

3. Peraturan-Peraturan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah

a. Disiplin

i. Murid-murid diminta senyap apabila memasuki PSS (Pusat Sumber Sekolah)

ii. Murid-murid mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku.

iii. Murid-murid tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam PSS

iv. Murid-murid tidak dibenarkan menghidupkan atau mematikan sebarang suis dan mengubah kedudukan kerusi, meja dan rak di dalam PSS tanpa kebenaran GPM (Guru Perpustakaan dan Media)

v. Murid-murid dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.

vi. Murid-murid tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam PSS tanpa kebenaran.

vii. Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke PSS semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.

viii. Murid tidak dibenarkan membawa masuk makanan, minuman, beg dan topi keledar ke dalam PSS

ix. Murid-murid dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.

x. Pelihara harta PSS, dilarang menconteng meja, kerusi, dinding dan lantai PSS. Gunakan harta PSS dengan cermat supaya boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

xi. Pengguna perlu menjaga kebersihan, PSS dan dilarang membuang sampah serta mengasah pensel merata-rata.

b. Bahan-bahan perpustakaan

i. Murid-murid mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan.

ii. Akhbar dan majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari PSS.

iii. Buku-buku yang telah digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.

iv. Murid yang mempunyai kad pinjaman sahaja dibenarkan membuat pinjaman buku.

v. Buku-buku di yang telah dikhaskan untuk rujukan tidak boleh dipinjam.

vi. Tempoh pinjaman seminggu. Pinjaman semula dibenarkan sekali sahaja untuk seminggu lagi.

vii. Pemulangan buku yang lewat akan didenda dengan kadar RM 0.10 sehari.

viii. Semua proses peminjaman dan pemulangan buku dibuat di kaunter sirkulasi.

c. Pakaian

i. Pakaian mestilah kemas dan lengkap semasa berada di PSS.

ii. Murid-murid perlu berpakaian sekolah atau t-shirt sekolah semasa berada di PSS.

iii. Pemakaian jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah tidak dibenarkan serta dilarang untuk di bawa masuk ke dalam PSS.

4. Peraturan-Peraturan Penggunaan PSS untuk Guru

a. Guru-guru perlu mengisi Buku PenggunaanPSS semasa menggunakan bilik PSS.

b. Guru-guru yang membawa murid ke PSS untuk aktiviti NILAM atau sebarang aktiviti lain perlu mengisi Buku Penggunaan PSS.

c. Guru-guru yang membawa murid ke PSS perlu berada di PSS untuk mengawasi murid.

d. Sebarang tempahan penggunaan bilik perlu dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan.

e. Guru yang mempunyai kad pinjaman buku dibenarkan membuat pinjaman buku.

f. Guru-guru perlu memastikan murid-murid mengemas kembali PSS sebelum kembali ke kelas.

g. Kasut perlu disusun atau diletakkan di dalam rak dengan kemas.

5. Peraturan-peraturan Pinjaman BBM/ICT/Alatan

a. Sebarang pinjaman BBM/ICT/alatan di PSS perlu direkodkan di dalam buku rekod pinjaman yang disediakan.

b. BBM yang dipulangkan perlu direkodkan dan ditandatangani di hadapan GPM.

c. GPM perlu memastikan bilangan BBM yang dipulangkan mencukupi dan dalam keadaan baik sebelum menandatangani pengesahan pemulangan.

d. GPM perlu menandatangani pengesahan BBM yang telah dipulangkan.

Jumaat, 22 April 2011

INSENTIF NILAM TERBANYAK BULANAN

Insentif NILAM terbanyak bulanan ini adalah program yang dirancang khusus untuk memupuk minat membaca dan membuat ulasan buku di kalangan murid-murid SK Perwira. Insentif ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.



Antara hadiah menarik yang ditawarkan....